Thursday, July 11, 2013

REDHA dengan PENUH KEIKHLASAN

SALAM RAMADHAN 
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU KEBERKATAN DARI-NYA

setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya..
setiap yang berlaku ada jalan penyelesaian nya..
setiap yang berlaku ada jalan cerita yang tersendiri...
tapi
x semua yang berlaku kita dapat menerimanya..
x semua yang berlaku punya jalan cerita yang menarik..

jika sesuatu musibah yang berlaku kepada kita..kita pasti akan berasa duka dan pasti dalam hati kite memberontak mengatakan bahawa ALLAH SWT tidak sayang pada kita..tp itu semua lumrah sebagai manusia..aku percaya tidak semua dari kite dapat menerima sesuatu kenyataan itu dengan mudah lagi2 kenyataan yang pahit untuk di telan..
sama ada kenyataan itu pahit atau manis kite kene redha dengan segala apa yang tertulis..
ramai orang kan cakap.. "org yang pandang x rasa apa yang kita rasa".. mmg tidak salah apa yang kita fikir kan tp jika kita sendiri tidak dapat menolong diri sendiri..jadi mcm mana orang nak paham kita..
jangan lah kita berfikiran bahawa ujian kite ini melampaui batas sebab allah hanya akan menurun kan dugaan yang dapat d tanggung oleh makhluk-NYA..

kita sentiasa mencari kekayaan dunia sehinggakan kita alpa bahawa keredhaan itu perlu d cari..
ok mesti ramai yang mengatakan bahawa x semudah itu untuk menerima sesuatu kenyataan..tp sampai bila kita nak terkurung dalam penjara yang kita sendiri buat..kite kene keluar dr palang2 besi yang ada di depan mata kita..
kita kena percaya bahawa sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah dan ada pengajaran nya..

ini ada sedikit tip dari aku tuk tanamkan sifat redha dalam diri..
(aku sendiri amal kan n insya'allah kalo d ikot akan ok kot  :)  )
1.solat 5 waktu
2.istigfar dan sentiasa berselawat..
3.berdoa spy di kuat kan hati..
4.terima dengan penuh keikhlasan..


apa yang berlaku terima lah dengan hati yang terbuka walaupon pahit.
jika kita hanya pandang apa yang telah berlaku maka hidup kite akan sentiasa d kelilingi kesedihan dan kekecewaan sahaja..
orang yang memandang ke belakang ialah orang yang takut untuk maju kehadapan



“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
(Muhammad : 31)

jika di lihat ayat di atas..ternyata la bahawa orang yang menerima ujian dari-NYA adalah orang2 yang terpilih..allah swt memberikan kite ujian untuk melihat sejauh mana kekuataan iman kita...maka sebagai muslimat kite kene la redha ye..  :)


jika di fikir2 kan..siapa lah kite hendak menolak dugaan dari NYA..kite hanya makhluk yang rendah kedudukan dan hanya hidup bergantung pada keberkataan dari NYA..

jika dugaan datang sambutlah dengan keikhlasan
jika dugaan singgah sebentar biarlah ia kerana pasti hikmah akan menyusul tiba..




Monday, July 8, 2013

LET'S TALK ABOUT LOVE

ok..
HANYA MAMPU SENYUM..
hahhahha
best lagu ni n lirik dye sgt2 cantik

Thursday, July 4, 2013

JIKA JODOH


aku redha dengan apa yang berlaku terhadap diri ku..
kerna aku tahu sesungguh nya ALLAH SWT telah menyusun jalan cerita hidup ku..
aku telah berusaha tetapi mungkin dia bukan untuk ku..
awal perkenalan kami penuh dengan kemanisan dan kebahagian..
tp allah swt lebih mengetahui apa yang berlaku..
bkn niat untuk meninggalkan dye tp aku tersepit..

sebelah cinta dan sebelah lagi kasih...
siapa cinta dan siapa kasih x perlu la aku bg tahu..
cinta dan kasih bukan la asing bagi ku..
cinta yang membuat aku bahagia tp kasih lah yang membesarkan aku...
antara kasih dan cinta aku lebih memilih kasih..
bagi aku kasib la segala nya..tanpa dye aku tiada..

untuk melepas kn apa yang aku syg bukan mudah..
aku menangis dlm diam..
tiada siapa tahu..hanya aku dan allah swt sahaja yang mengetahui..
rindu aku terhadap dye memang dalam..
mulut mengatakan TIDAK RINDU tp hati tuhan saja yang tahu...
mulut kata TAK NAK KEMBALI tp hati menjerit nak...
mulut kata BENCI tp hati kata sayang...

sudah lama kau mengimpikan cinta hadir dalam hati aku..
tp sekali lagi aku d uji NYA..
aku redha dan menerima nya dengan penuh keikhlasan..
aku percaya jika ada jodoh antara kami..
kemana dan sejauh mana aku pergi ..dye akan dekat dengan aku...

jika di ikot kan hati aku lebih memilih dye..
tp org2 dl ada kata..
IKOT KAN HATI MATI..
jadi dengan akal yang waras aku membuat keputusan dengan DOA..
moga apa yang aku lakukan ini mendapat keberkatan dari NYA..

aku rindu masa aku bahagia dengan dye..
aku rindu masa dye amik berat ttg aku..
tp sekarang aku sunyi..
moga dye tahu isi hati aku y sebenar ny

AKU REDHA DENGAN KETENTUAN MU
AKU PASRAH DENGAN APA YANG TERJADI..
AKU IKHLAS MENERIMA DUGAAN DARI MU YA ALLAH
KERNA AKU TIDAK TAHU APA YANG ENGKAU MENGETAHUI..
SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH YANG MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALANYA