Wednesday, November 20, 2013

BERBAHAGIALAH MENJADI MUSLIMAH



WAHAI MUSLIMAH..
Tiada perkataan yang mampu mengambarkan kecantikan anda..
Tiada lagu yang mampu menandingi kemerduan suara anda...
Tiada puisi yang dapat mengambarkan kesucian anda..
kerana NABI MUHAMMAD SAW bersabda..

"Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah kenikmatan (perhiasan) dan sebaik-naik kenikmatan dunia adalah wanita solehah" (HR Bukhari)

"Jika wanita solat 5 waktunya,berpuasa dibulannya,menjaga kemaluannya,dan mentaati suaminya,maka akan dikatakan kepadanya 'Masuklah kedalam SYURGA dari pintu syurga mana saja yang kamu sukai' " (HR Ibnu Hibban,Thabrani)

apa yang di perkatakan oleh RASULLULLAH SAW ternyata bahawa darjat seorang wanita adalah tinggi dan punya kelebihannya...sesungguhnya kita patut bersyukur menjadi seorang wanita dan kita patut berbangga kerana kedudukan kita di dalam islam..janganlah kita mengeluh dalam meniti kehidupan menjadi muslimah sejati..

kadangkala kita selalu terfikir..

1.kenapa kita perlu menutup aurat?
2.kenapa aurat kita tidak sama dengan aurat lelaki?
3.kenapa perempuan ada batas atau larangan dalam melakukan sesuatu?

jawapan bagi setiap persoalan yang bermain di fikiran kita sebenarnya sudah ada jawapan nya di dalam diri kita tanpa kita sedari..kita di sarankan untuk menutup aurat adalah untuk..

1.melindungi diri kita dari terjurumus ke lembah yang gelap dan dalam..
2.memelihara maruah kita dari membangkitkan nafsu kaum adam dengan menutupi bahagian yang boleh mendatangkan kegairahan mereka.
3.menaikkan martabat seorang muslimah dalam etika pemakaian agar nampak lebih sopan.

agama islam bukanlah menyusahkan penghuninya tetapi lebih bersifat memelihara dan melindungi..
menutup aurat adalah kewajipan bagi setiap kaum hawa kerana menutup aurat itu dalam menutup segala pintu kejahatan dan membuka lebih banyak pintu kebaikan..janganlah kita sering mempersoalkan KENAPA perempuan perlu begini dan begitu... 

WAHAI KAUM HAWA..

Tidakkah anda mahu di sebut sebagai "MAR'AH SHALIHAH" yang bermaksud sebaik-baik perhiasan dunia yang di cintai ALLAH SWT dan NABI MUHAMMAD SAW?

Tidakkah kita bangga bila menjadi pendamping kaum laki-laki dalam perjalanan menuju syurga?

Tidakkah kita ingin menjadi seperti BIDADARI SYURGA yang sentiasa menjadi sebutan di dalam SYURGA?

WAHAI MUSLIMAH, 
EMASMU adalah AGAMAMU,
PERHIASANMU adalah AKHLAKMU,
HARTAMU adalah BUDI PEKERTIMU,
PAKAIANMU adalah TUTUR BICARAMU,
KECANTIKANMU adalah KESUCIAN DIRIMU.

lagu yang menjadi lagu kegemaran diri ini...
semoga diri ini dan sekalian MUSLIMAH dapat memperbaiki diri di dalam menuju KEREDHAAN ILLAHI...