DUHAI HATI…
AKU SELALU
MENDAMBAKAN CINTA YANG BOLEH MEMBERIKAN AKU KEDAMAIAN HATI…
AKU SELALU
MENDAMBAKAN CINTA YANG BOLEH MEMBUATKAN AKU TENANG…
AKU TERCARI-CARI
CINTA YANG ABADI DAN KEKAL SELAMANYA HANYA UNTUK DIRIKU…
AKU TERKAPAI-KAPAI
DALAM MENGEJAR CINTA YANG AKU IDAMKAN…
AKAN TETAPI…
AKU TIDAK JUMPA CINTA
ITU DI DUNIA INI…
YANG AKU JUMPA
HANYALAH CINTA PALSU YANG DATANG DARI MANUSIA…
Jelas sekali ALLAH SWT tidak pernah meninggalkan kita tanpa
CINTA…ALLAH SWT telah memberikan kita CINTA yang secukupnya..jadi tidak perlulah
kita mempersoalkan tentang CINTA dalam hidup kita..kerana CINTA telah bersama
dengan kita sejak dari alam rahim lagi…
Banyak bukti yang
telah ALLAH SWT berikan kepada kita tanpa kita sedari..
Jelas sekali cinta ALLAH SWT
sentiasa dan telah pun hadir sekian lamanya…tetapi kita tidak pernah sedari… ALLAH
SWT telah memberikan segala kenikmatan dunia kepada kita secara PERCUMA tetapi
kita menerimanya tanpa sebarang KESYUKURAN..kita sepatutnya malu dengan apa
yang telah kita dapat daripada ALLAH SWT..dan untuk menebus rasa malu itu kita
seharusnya menTAATi dan berTAQWA kepada-NYA..
Saya percaya remaja-remaja di
luar sana sentiasa mencari cinta dari sang jejaka dan sang jelitawan…saya pun
tidak boleh menafikan keinginan berpasangan tatkala melihat rakan-rakan anda
yang lain telah pun berpasangan…saya pun telah merasakan situasi seperti anda
semua…tp bila sering kali terkandas di tengah jalan,saya mula berfikir apakah
yang menjadi punca sebenar…setelah membaca sebuah buku yang bertajuk KETIKA
BIDADARI BERBISIK saya dapat sebuah jawapan yang telah membuka mata dan pintu
hati saya..
Setelah membuat sedikit pambacaan
ternyata langkah yang telah di ambil adalah salah..langkah untuk mendapatkan
cinta manusia bukanlah satu yang perlu di cari..akan tetapi CINTA ILLAHI adalah
cinta yang perlu saya dapatkan..semoga setiap perjalanan hidup kita akan
sentiasa meraih cinta dari-NYA dan semoga cinta di hati kekal milik-NYA
WAHAI KHALIFAH BUMI…
INGATLAH BAHAWA…
CINTA MANUSIA sering
berubah tetapi CINTA ALLAH SWT kekal selamanya..
CINTA MANUSIA sering
bermain dengan emosi tetapi CINTA ALLAH SWT meliputi segalanya..
CINTA MANUSIA ada
batasnya tetapi CINTA ALLAH SWT tiada batasnya..
CINTA MANUSIA ada
kalanya tidak adil tetapi CINTA ALLAH SWT tiada belah baginya…