Thursday, July 11, 2013

REDHA dengan PENUH KEIKHLASAN

SALAM RAMADHAN 
SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERI SERIBU KEBERKATAN DARI-NYA

setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya..
setiap yang berlaku ada jalan penyelesaian nya..
setiap yang berlaku ada jalan cerita yang tersendiri...
tapi
x semua yang berlaku kita dapat menerimanya..
x semua yang berlaku punya jalan cerita yang menarik..

jika sesuatu musibah yang berlaku kepada kita..kita pasti akan berasa duka dan pasti dalam hati kite memberontak mengatakan bahawa ALLAH SWT tidak sayang pada kita..tp itu semua lumrah sebagai manusia..aku percaya tidak semua dari kite dapat menerima sesuatu kenyataan itu dengan mudah lagi2 kenyataan yang pahit untuk di telan..
sama ada kenyataan itu pahit atau manis kite kene redha dengan segala apa yang tertulis..
ramai orang kan cakap.. "org yang pandang x rasa apa yang kita rasa".. mmg tidak salah apa yang kita fikir kan tp jika kita sendiri tidak dapat menolong diri sendiri..jadi mcm mana orang nak paham kita..
jangan lah kita berfikiran bahawa ujian kite ini melampaui batas sebab allah hanya akan menurun kan dugaan yang dapat d tanggung oleh makhluk-NYA..

kita sentiasa mencari kekayaan dunia sehinggakan kita alpa bahawa keredhaan itu perlu d cari..
ok mesti ramai yang mengatakan bahawa x semudah itu untuk menerima sesuatu kenyataan..tp sampai bila kita nak terkurung dalam penjara yang kita sendiri buat..kite kene keluar dr palang2 besi yang ada di depan mata kita..
kita kena percaya bahawa sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah dan ada pengajaran nya..

ini ada sedikit tip dari aku tuk tanamkan sifat redha dalam diri..
(aku sendiri amal kan n insya'allah kalo d ikot akan ok kot  :)  )
1.solat 5 waktu
2.istigfar dan sentiasa berselawat..
3.berdoa spy di kuat kan hati..
4.terima dengan penuh keikhlasan..


apa yang berlaku terima lah dengan hati yang terbuka walaupon pahit.
jika kita hanya pandang apa yang telah berlaku maka hidup kite akan sentiasa d kelilingi kesedihan dan kekecewaan sahaja..
orang yang memandang ke belakang ialah orang yang takut untuk maju kehadapan



“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
(Muhammad : 31)

jika di lihat ayat di atas..ternyata la bahawa orang yang menerima ujian dari-NYA adalah orang2 yang terpilih..allah swt memberikan kite ujian untuk melihat sejauh mana kekuataan iman kita...maka sebagai muslimat kite kene la redha ye..  :)


jika di fikir2 kan..siapa lah kite hendak menolak dugaan dari NYA..kite hanya makhluk yang rendah kedudukan dan hanya hidup bergantung pada keberkataan dari NYA..

jika dugaan datang sambutlah dengan keikhlasan
jika dugaan singgah sebentar biarlah ia kerana pasti hikmah akan menyusul tiba..




No comments:

Post a Comment