Friday, February 24, 2012

MASIH SINGLE???

SALAM...
Bila ada orang Tanya aku sama ada aku dah berpunya..aku trus jawab mmg aku masih single....ye mmg aku masih single..aku x malu nak ngaku...tp aku pelik ada orang malu nak ngaku yang dye sebenarnyer masih single...

Sepatutnyer anda berbangga sebab anda masih single..sebab...
1.Anda x perlu nak topap hari2 just nak msg ngan yang tersayang..MEMBAZIR!!!!!!.
2.Anda x perlu pikr nak jaga hati pasangan anda..lebih baik anda jaga hati ibu bapa anda..sekurang2 nyer berbaloikan...
3.Anda bebas nak berkawan ngan sesiapa saja yang anda nak berkawan..ada pasangan yang bile dah bercouple ni ada pantang nyer..pantangnyer x leh berkawan ngan orang lain..pleaselah nak termuntah bile dengar statement ni...
4.Anda bebas nak pergi mana je n..kalo bercouple ni, nak g tandas pon kene bg tau..PENGOTOR!!!.
5.Anda x perlu kene bg masa study n mase bersama ngan si dia..kalo masih bergelar student ni mmg parah lah..
6.Anda selangkah jauh dari maksiat dunia..(x semua couple maksiat)...

Let’s check kenapa anda malu ngan status SINGLE..
•Takut orang pikir diri tu x laku..
•Takut t orang cakap diri tu ketinggalan zaman..
•X yakin ngan diri sendiri..

NASIHAT DARIKU.....
Buat anda yang masih bersendirian tanpa dinodai cinta dosa,pupuklah cinta anda kepada al-haq. Hargailah pemberian nikmat usia untuk mencari kehidupan yang lebih indah daripada cinta.kejarlah sesuatu yang pasti akan menjadi milik anda iaitu kejayaan dalam pelajaran dan membantu keluarga bila sudah Berjaya kelak.

Bagi yang single then nak mula berjinak2 dalam bercinta ini,berfikirlah sedalam2nya kerana menjauhinya adalah antara babak-babak kesempurnaan islam. Ingatlah iman akan terus diuji sebagai sunnahtullah untuk mengujikualiti iman yang di bekalkan kepada setiap manusia.
Jodoh pertemuan ditentukan ALLAH SWT. Bercinta sahaja bukan jalan untuk kita memiliki orang yang kita cintai. Apa yang kita mahukan adalah redha ALLAH TAALA semata-mata kerana kepada-NYA jua kita di kembalikan.

Janganlah bermimpi untuk bercouple jika anda tidak cukup saying kepada ALLAH SWT,NABI dan keluarga.bahanalah jika anda lebih menyayangi pasangan daripada yang lain.sesungguhnya cinta kekasih bukanlah cinta yang hakiki.cinta yang hakiki hanya milik ALLAH SWT....

Tiada cinta yang paling selamat melainkan cinta selepas ijab dan qabul dan tiada cinta yang paling abadi melainkan cinta kepada YANG MAHA ESA....

KESENANGAN HIDUP....

Dunia remaja sekarang sering hanyut dengan kemewaha dunia yang tidak kekal....kebanggan memilik kemewahan dunia mengatasi segalanya...berbekalkan harta family,ramai remaja sekarang hanyut dek kerana stigma pemikiran yang kolot kononnya harta family adalah milik mereka sepenuhnya...aku bersyukur kerana di lahirkan dalam family yang serdahana dan tidaklah miskin sangat..bagi aku kemewahan dunia bukan matlamat hidup aku..cukuplah sekadar kenyang perut dan boleh meneruskan hidup....

Bagi anda yang telah lama berdiri di belakang sebuah keluarga yang telah lama merasai kesenangan hidup,jangan jadikannyasesuatu yang boleh melemahkan kekuatan dan jati diri anda.kesenangan adalah suatu rahmat yang tidak lagi anda perlu bersusah payah mencarinya...ingatlah kemewahan yang di berikan oleh ALLAH SWT adalah satu ujian dunia untuk melihat sejauh mana keimanan kita dan untuk melihat sejauh mana kepandaian kita berlaku adil terhadap pemberian-NYA.....

Monday, February 20, 2012

NASIHAT BUATMU....

NASIHAT INI AKU DAPAT DARIPADA BUKU YANG BERTAJUK”PEMILIK CINTAKU”

Aku tertarik dengan nasihat yang di berikan oleh penggarang..ianya membuatkan aku berfikir dan membat kesimpulan...nasihatnya ringkas tetapi padat dengan mesage2 yang berbentuk keislaman..
1.Jika kau belum berkahwin,kejarlah ALLAH SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha ALLAH SWT andai dirinya kau miliki sekalipun,pasti kau tak akan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidup mu.
2.kerana asik bercinta,mungkin jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Jika ingin mencari isteri pula,biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.
3.Jika kau seorang isteri,hargailah suami mu walaubagaimanapun keadaanya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sesekali meminta apa yang di luar kemampuan nya. Hatta walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu,jangan sesekali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ianya takkan membahagiakanmu.
4.Jika kau seorang suami,tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu kearahNYA. Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga.

Sungguh mendalam maksud nasihat itukan..Semoga nasihat yang di berikan dapat meresap ke dalam sanubari diri ini dan setiap insan...AMIN...


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN...

Aku dapat info ini dari buku yang bertajuk “PEMILIK CINTAKU”...

Pengarang ada menyelitkan serba sedikit info tentang BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN...ingin aku kongsikan kepada semua umat islam sama ada remaja mahupon dewasa...ini adalah dari hati pengarang sendiri..bkn saya y reka2...
1.pasti kelak diriku IBARAT LEMBU yang ditarik hidung oleh nafsu..aayat ini bermaksud dunia percintaan ini banyak cabaran nya...orang sanggup buat apa saja demi membuktikan keSUCIAN cinta mereka dengan cara yang salah...
2.Menyibukan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku dari-NYA.... pabila bercinta pasti perasaan rindu akan bertandang di dalam hati..lalu ini akan membuka laluan untuk syaitan menghasut nafsu manusia...
3.HATI AKAN TERSEKSA DENGAN BARAH RINDU...maksud nya di sini perasaan rindu itu akan membuat kn kita alpa dengan tugasan kita sebagai KHALIFAH di bumi ALLAH INI....
4.CINTA LALAI akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat...
5.RINDU PALSU akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan..
6.aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benarmabuk cinta.
7.FITNAH CINTA ibarat racun yang akan membunuh akal,jiwa dan perasaan.
8.JIWAKU TERGANGGU dalam menilai mana yang baik,mana yang buruk untuk diriku..
9.jika aku dan dia Berjaya melangkah kea lam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya....

Selepas kaw orang baca semua yang kat atas tu,pasti kaw orang punya pandangan sendiri tentang apa yang di perkatakan oleh pengarang kan...terpulang lah kepada semua sama ada mahu menjadi kan ini sebagai pengajaran yang baru or di sebaliknya...bagi aku apa yang di perkatakan oleh pengarang ada baiknya..setelah aku mendalami setiap maksud yang di tulis,serba sedikit hati aku terdetik untuk berubah dan mencari cinta yang di redhai ALLAH SWT...semoga ALLAH SWT pelihara hati ku ini dari segala bentuk kejahatan dunia..AMIN....

PEMILIK CINTAKU….

SALAM UKHUWAH….


Aku baru je baca buka yang bertajuk “PEMILIK CINTAKU” karya khas dari FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN…pengarang ini amat popular di kalangan pembaca buku2 berbentuk keagamaan…buku ini aku pinjam dari seorang sahabat aku YAZID…setelah baca buku ini,aku mula berpikir tentang beberapa pekara tantang CINTA!!!!!!!!!

Sebelum tu aku nak g tau yang aku dapat bersalaman ngan ustazah FATIMAH SYARHA...cantik sungguh ustazah dan lembut tuturcaranya...aku jumpe ustazah semasa forum di UITM PERAK...di kesempatan itu aku dapat SIGN ustazah tp buku itu milik YAZID.. ;(..tp x pa lah..yang penting aku dapat bersalaman ngan ustazah...

Dalam buku ini pengarang mempunyai prinsip bahawa cinta pengarang hanyalah untuk suaminya…aku amat tertarik dengan prinsip pengarang yang tak semua orang berfikiran begitu...pengarang berjaya menepis kenikmatan dunia bercinta sebelum bernikah..pengarang Berjaya meletakkan martabat seorang suami di tempat yang sepatutnya...suami pengarang Berjaya mendapat cinta yang tidak pernak di serahkan kepada mana-mana lelaki...tidakkah indah bercinta selepas bernikah?

hati aku mula berkata-kata:
1.adakah bakal suami aku akan menerima cinta dari aku sedangkan aku pernak member hati ini kepada insane yang bergelar BF..
2.aku rasa bersalah kepada diri sendiri kerna telah member ruang kepada lelaki yang bukan suami aku untuk menyelami hati aku….
3.adakah masih sempat lagi aku untuk membersihkan hati ini kerna hati ini telah di cemari dengan kisah cinta yang melalaikan….
4.siapakah PEMILIK HATI INI setelah ALLAH SWT & RASUL..

Setelah membaca buku ini baru aku sedar selama ini yang aku lakukan tidak mendapat keredhaan illahi dan bondaku…bondaku menghantar aku ke U untuk mengejar cita-cita aku tapi aku lalai dengan keindahan dunia couple…aku bersyukur ke hadrat illahi kerna menemukan aku dengan buku sebegini..jika tidak aku tidak tahu untuk meletakkan cinta itu hanya untuk bakal suami ku kelak…

Sekarang aku hanya berfikir untuk:
1.mengejar cita-citaku
2.memperbaiki hubunga aku dengan ALLAH SWT...
3.mempertingkatkan keimanan aku yang masih rapuh ini...
4.merealisasikan segala impian aku...
5.memberikan CINTA hanya untuk yang sepatutnya...
Hopefully apa yang aku impikan setelah membaca buku ini dapat aku kecapi dan aku berharap agar hati aku di lindungi dari lalai dek dunia percintaaan sebelum pernikahan...

p/s:aku menulis entry ini bukan untuk menghina pasangan yang bercinta or aku x da niat langsung untuk merendah2kan pasangan yang sedang bercinta..aku hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yang baru aku ketahui..

CINTA SELEPAS CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH…

Setiap manusia memerlukan cinta untuk melengkapi sesuatu kehidupan….
Cinta adalah satu perasaaan yang penting dlm hati setiap manusia..
Tanpa cinta hidup kita x ada makna…

Cinta manusia :
1.cinta kepada allah swt..
2.cinta kepada rasulullah..
3.cinta kepada agama islam..
4.cinta kepada ibu bapa…
5.cinta kepada diri sendiri
6.cinta sesame muslim….

Manusia perlu meletakkan cinta pertama mereka adalah CINTA KEPADA ALLAH SWT…kerna DIA adalah cinta yang abadi selama nya…tanpa cinta ini maka hidup tidak akan d berkati..

Cinta yang kedua adalah CINTA KEPADA RASULULLAH SAW…nabi amat MENCINTAI UMATNYA…nabi telah banyak berkorban demi umat nya…jadi sebagai umat nabi MUHAMMAD SAW kita perlu mencintainya dengan BERSELAWAT keatasnya dan mengamalkan sunnah NABI MUHAMMAD SAW…

Cinta yang ketiga adalah CINTA KEPADA AGAMA ISLAM….sebagai umat islam yang sejati,sifat cinta kepada agama perlu untuk mempertahankan kasucian agama islam….

CINTA KEPADA IBU BAPA….inilah cinta yang membawa kita bahagia dan membuatkan diri kita lengkap..ibu bapa tiada gantinya dan tidak akan ada pegganti hingga akhir hayat…tanpa ibu bapa kita tidak dapat melihat KEBESARAN ILLAHI dan kita tidak dapat mengenal dunia…

Cinta kelima…CINTA KEPADA DIRI SENDIRI…bermacam2 aspek kita perlu menjaga untuk memelihara maruah dan kesucian diri sendiri..kepada kaum muslimah menjaga maruan diri adalah menjadi keutamaan dalam kehidupan…

Cinta yang terakhir…..cinta sesame mualim…semua umat islam adalah sedara seislam kita…eben dye kayak e,miskin ke,hodoh ke or cantik ke..semuanya sama taraf…
Dalam kehidupan kita,kita memerlukan ke enam2 sifat cinta ini untuk melengkapi kehidupan kita..cinta bukan lah hanya untuk cinta kekasih saja tapi makna cinta ini meluas dan setiap manusia mempunyai maksud yang tersendiri kn….

TAPI!!!!!!!!

BAGAIMANA PULA CINTA KEKASIH????????
Ok cinta kekasih akan berputik selepas kita jatuh hati dengan seseorang itu..ada orang kata cinta kekasih ini x kekal lama…itu myby pandangan orang yang sedang patah hati..tp kalo pandangan orang yang ngah bercinta pula mcm mana kn…itu kaw orang Tanya diri sendirilah..aku x de jawapan nya sebab I’m SINGLE..cinta kepada kekasih adakalanya bawa bahagia tp bagi yang tak bernasib baik mcm aku ni mmg x syok lah ye..ala x kesahlah x bercinta zaman U ni..yang penting focus pada stdy kn…

Wednesday, February 8, 2012

BERCINTA KERANA ALLAH SWT…

CINTA??????????

Sebut je pasal ni semua dah ada jawapan nya snd dan semua akan tersanyum…
Tapi kerana ni jugalah ramai yang terjerumus…
Dunia percintaan sememangnya di DAMBA-DAMBA kn oleh kebanyakkan remaja…
Trend sekarang siapa yang x da pasangan,akan di anggap KUNO…….
Tp sebenarnya yang di anggap KUNO itulah yang Berjaya menolak hasutan percintaan..
Dunia percintaan ni leh jadi bahagia n leh jadi sengsara…
Itu semua terletak di bahu kita untuk menentukan nya…
Aku nak cakap lebih2 pasal ni pon aku x leh..
Sebab aku pon pnah ada pasangan…
Yang aku nak tulis ni pasal BERCINTA KERANA ALLAH SWT…
Semua orang ada cinta..tidak kiralah cinta kepada ibu bapa ke,family ke or pasangan…
Semua itu di galakkan..tp yang bab pasangan itu NO KOMENLAH..
Tp adakah cinta yang lahir dalam haty kita untuk manusia berpaksi kan kepada YANG SATU……
Kita berhak untuk mencintai tapi kita tidak boleh mencintai seseorang itu lebih daripada kita mencintai ALLAH SWT…
CINTA KEPADA ALLAH SWT adalah cinta HAKIKI & ABADI….
Cinta yang berpaksikan kepada ALLAH SWT adalah cinta yang di redhai dan cinta yang Berjaya…
Aku bukan nak tunjuk pandai or nak berlagak pandai..
Tapi aku dapat ni dari seorang pensyarah di UTP..aku hanya nak kongsikan apa yang aku dapat..
Beliau ada mengatakan jika kita nak bercinta(couple) kita hendaklah yakin kepada ALLAH SWT dan kita percaya pada JODOH yang telah di tentukan…
Aku harap kaw orang dapat serba sedikit imput yang hendak aku sampai kn…
Yang baik datang nya dari ALLAH SWT yang buruk datangnya dari manusia snd…..

2012…SEJAUH MANA KEBENARANNYA..

SALAM SEISLAM BUAT SEMUA…

2012??????????

Sebut je tahun ni pasti semua kn pikir pasal HARI KIAMAT..
Pada mula nya aku pon percaya benda ni semua…
Tapi setelah aku dengar snd penjelasan daripada IMAM MUDA ASYRAF..
Baru aku tau hari kiamat x de siapa tau bila akan terjadi..
Segala khabar angin yang tersebar adalah PLASU semata2..
Oleh yang demikian, IMAM MUDA ASYRAF ada mengatakan bahawa kita wajib mempercayai HARI KIAMAT..tp kita dilarang percaya hari kiamat akan berlaku pada 2012..
IMAM MUDA ASYRAF pon ada mengatakan tiada satu hadis pon yang dapat merungkai bila kah hari kiamat akan berlaku…
So segala persoalan yang bermain di minda aku ni dah terjawab…
So legal ah aty ni cikit n syukur kerna aku x hanyut ngan jawapan aku snd yang mempercayai hari kimat akna berlaku pada 2010…
So kesimpulannya,bila hari kiamat akan berlaku bukan kerja kita,yang penting kita tingkatkan keimanan kita untuk menjadi bekalan di AKHIRAT kelak….
WASALAM.

JAWATAN MEMBANTU KITA MENJADI BAIK…

SALAM MUSLIMAH DARI MUSLIMAH NASUHA…(doa utk diri snd)..

Pada 31/01/2012 aku de attend ceramah IMAM MUDA ASYRAF kat UITM PERAK aku ni…
Aku tertarik ngan kata2 dia yang berkaitan dengan diri aku gak..
Die ada mengatakan bahawa pangkat or jawatan sebenarnya mendidik kite menjadi lebih baik…
Bila kita ada jawatan dalam sesuatu organisasi kite akan berpikir 20000x tuk wat jahat n kita akan lebih focus utk menjadi yang lebih baik..
Sebab bila ada jawatan ini kita akan menjadi role model kepada semua orang…
Orang akan perhatikan gerak geri kita sekali gus kita akan sentiasa berhati2 dalam melakukan apa jua aktiviti yang kan kita lakukan..
Berbalik kepada situasi aku ni..
Aku pegang jawatan PRESIDENT dalam department aku ni..
Pada mulanya aku mmg x nak pegang jawatan ini sebab aku x yakin…
Tp lepas je aku dgr ceramah ini aku bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih saying aku…
ALLAH SWT mengamanahkan aku tanggungjawab ini utk menjadikn aku insane yang lebih baik..
Ternyata pertolongan ALLAH SWT tidak dapat aku lihat ngan mata aku snd…
Jika IMAM MUDA ASYRAF tidak memberitahu pekara ini sudah pasti aku kan sentiasa merungut ttg tanggungjawab aku ni….
Aku bersyukur kerana aku terpilih untuk menggalas tanggungjawab yang tidak ada pada diri orang lain..
So conclusion nya kepada yang membaca entry aku kali ni..aku just nak beri tahu…pertolongan ALLAH SWT tidak direct n kadang kala kita tidak tahu ALLAH SWT sedang membantu kita….
Semoga apa jua yang kita lakukan akan mendapat keberkatan ALLAH SWT…AMIN…