Monday, February 20, 2012

PEMILIK CINTAKU….

SALAM UKHUWAH….


Aku baru je baca buka yang bertajuk “PEMILIK CINTAKU” karya khas dari FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN…pengarang ini amat popular di kalangan pembaca buku2 berbentuk keagamaan…buku ini aku pinjam dari seorang sahabat aku YAZID…setelah baca buku ini,aku mula berpikir tentang beberapa pekara tantang CINTA!!!!!!!!!

Sebelum tu aku nak g tau yang aku dapat bersalaman ngan ustazah FATIMAH SYARHA...cantik sungguh ustazah dan lembut tuturcaranya...aku jumpe ustazah semasa forum di UITM PERAK...di kesempatan itu aku dapat SIGN ustazah tp buku itu milik YAZID.. ;(..tp x pa lah..yang penting aku dapat bersalaman ngan ustazah...

Dalam buku ini pengarang mempunyai prinsip bahawa cinta pengarang hanyalah untuk suaminya…aku amat tertarik dengan prinsip pengarang yang tak semua orang berfikiran begitu...pengarang berjaya menepis kenikmatan dunia bercinta sebelum bernikah..pengarang Berjaya meletakkan martabat seorang suami di tempat yang sepatutnya...suami pengarang Berjaya mendapat cinta yang tidak pernak di serahkan kepada mana-mana lelaki...tidakkah indah bercinta selepas bernikah?

hati aku mula berkata-kata:
1.adakah bakal suami aku akan menerima cinta dari aku sedangkan aku pernak member hati ini kepada insane yang bergelar BF..
2.aku rasa bersalah kepada diri sendiri kerna telah member ruang kepada lelaki yang bukan suami aku untuk menyelami hati aku….
3.adakah masih sempat lagi aku untuk membersihkan hati ini kerna hati ini telah di cemari dengan kisah cinta yang melalaikan….
4.siapakah PEMILIK HATI INI setelah ALLAH SWT & RASUL..

Setelah membaca buku ini baru aku sedar selama ini yang aku lakukan tidak mendapat keredhaan illahi dan bondaku…bondaku menghantar aku ke U untuk mengejar cita-cita aku tapi aku lalai dengan keindahan dunia couple…aku bersyukur ke hadrat illahi kerna menemukan aku dengan buku sebegini..jika tidak aku tidak tahu untuk meletakkan cinta itu hanya untuk bakal suami ku kelak…

Sekarang aku hanya berfikir untuk:
1.mengejar cita-citaku
2.memperbaiki hubunga aku dengan ALLAH SWT...
3.mempertingkatkan keimanan aku yang masih rapuh ini...
4.merealisasikan segala impian aku...
5.memberikan CINTA hanya untuk yang sepatutnya...
Hopefully apa yang aku impikan setelah membaca buku ini dapat aku kecapi dan aku berharap agar hati aku di lindungi dari lalai dek dunia percintaaan sebelum pernikahan...

p/s:aku menulis entry ini bukan untuk menghina pasangan yang bercinta or aku x da niat langsung untuk merendah2kan pasangan yang sedang bercinta..aku hanya ingin berkongsi sedikit ilmu yang baru aku ketahui..

No comments:

Post a Comment