Friday, December 20, 2013

KU LABUHKAN CINTA KU PADA-MU




DUHAI HATI…
AKU SELALU MENDAMBAKAN CINTA YANG BOLEH MEMBERIKAN AKU KEDAMAIAN HATI…
AKU SELALU MENDAMBAKAN CINTA YANG BOLEH MEMBUATKAN AKU TENANG…
AKU TERCARI-CARI CINTA YANG ABADI DAN KEKAL SELAMANYA HANYA UNTUK DIRIKU…
AKU TERKAPAI-KAPAI DALAM MENGEJAR CINTA YANG AKU IDAMKAN…
AKAN TETAPI…
AKU TIDAK JUMPA CINTA ITU DI DUNIA INI…
YANG AKU JUMPA HANYALAH CINTA PALSU YANG DATANG DARI MANUSIA…


Jelas sekali ALLAH SWT tidak pernah meninggalkan kita tanpa CINTA…ALLAH SWT telah memberikan kita CINTA yang secukupnya..jadi tidak perlulah kita mempersoalkan tentang CINTA dalam hidup kita..kerana CINTA telah bersama dengan kita sejak dari alam rahim lagi…


Banyak bukti yang telah ALLAH SWT berikan kepada kita tanpa kita sedari..



Jelas sekali cinta ALLAH SWT sentiasa dan telah pun hadir sekian lamanya…tetapi kita tidak pernah sedari… ALLAH SWT telah memberikan segala kenikmatan dunia kepada kita secara PERCUMA tetapi kita menerimanya tanpa sebarang KESYUKURAN..kita sepatutnya malu dengan apa yang telah kita dapat daripada ALLAH SWT..dan untuk menebus rasa malu itu kita seharusnya menTAATi dan berTAQWA kepada-NYA..

Saya percaya remaja-remaja di luar sana sentiasa mencari cinta dari sang jejaka dan sang jelitawan…saya pun tidak boleh menafikan keinginan berpasangan tatkala melihat rakan-rakan anda yang lain telah pun berpasangan…saya pun telah merasakan situasi seperti anda semua…tp bila sering kali terkandas di tengah jalan,saya mula berfikir apakah yang menjadi punca sebenar…setelah membaca sebuah buku yang bertajuk KETIKA BIDADARI BERBISIK saya dapat sebuah jawapan yang telah membuka mata dan pintu hati saya..

Setelah membuat sedikit pambacaan ternyata langkah yang telah di ambil adalah salah..langkah untuk mendapatkan cinta manusia bukanlah satu yang perlu di cari..akan tetapi CINTA ILLAHI adalah cinta yang perlu saya dapatkan..semoga setiap perjalanan hidup kita akan sentiasa meraih cinta dari-NYA dan semoga cinta di hati kekal milik-NYA

WAHAI KHALIFAH BUMI…
INGATLAH BAHAWA…
CINTA MANUSIA sering berubah tetapi CINTA ALLAH SWT kekal selamanya..
CINTA MANUSIA sering bermain dengan emosi tetapi CINTA ALLAH SWT meliputi segalanya..
CINTA MANUSIA ada batasnya tetapi CINTA ALLAH SWT tiada batasnya..
CINTA MANUSIA ada kalanya tidak adil tetapi CINTA ALLAH SWT tiada belah baginya…





No comments:

Post a Comment