Friday, January 13, 2012

CANTIK DIHADAPAN ALLAH,ANGGUN DI MATA MANUSIA

Salam muslimah untuk semua wanita

Ary ni aku nak kongsikan sesuatu yang baru aku blajar dan sesuatu yang wat aku berfikir…
Aku baru je beli buku yang bertajuk “CANTIK DIHADAPAN ALLAH,ANGGUN DI MATA MANUSIA”

Aku baru je bace beberapa bab yang aku nak kongsikan dalam blog aku ni..
Aku tertarik dengan dua ayat AL-QURAN nii…

“DAN KATAKANLAH KEPADA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN SUPAYA MENYEKAT PANDANGAN MEREKA(DARIPADA MEMANDANG YANG HARAM), DAN MEMELIHARA KEHORMATANMEREKE;DAN JANGALAH MEREKE MEMPERLIHATKAN PERHIASAN TUBUH MEREKA KECUALI YANG ZAHIR DARIPADANYA;DAN HENDAKLAH MEREKE MENUTUP BELAHAN LEHER BAJUNYA DENGAN TUDUNG KEPALA MEREKA,” (AN-NUR:31)


“WAHAI NABI!SURUHLAH ISTERI-ISTERIMU DAN ANAK-ANAK PEREMPUANMU SERTA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG BERIMAN, SUPAYA MEREKA MELABUHKAN PAKAIANNYA BAGI MENUTUP SELURUH TUBUHNYA(semasa mereke keluar), CARA DEMIKIAN LEBIH SESUAI UNTUK MEREKA DIKENALI (sebagai perempuan yang baik-baik) MAKA DENGAN ITU MEREKA TIDAK DI GANGGU.DAN (ingatlah!) ALLAH ADALAH AMAT PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI,” (AL-AHZAB:59)


Setelah aku baca ayat2 di atas ni aku berfikir bahawa selama ini yang aku pakai walaupon aku ini bertudung tapi aku masih lagi tidak menepati cirri-ciri sebagai seorang muslimah yang hakiki…aku befikir kenapa aku tidak memiliki buku ini dari dulu lagi…

INSYA’ALLAH aku kan cuba menepati cirri-ciri sebagai muslimah yang sejati dan aku mesti buat perubahan dari sekarang…

Aku tulis entry ni bukan lah nak menunjuk2 or nak sindir bagi muslimah yang tidak bertudung tapi aku hanya nak kongsi sesuatu yang patut di kongsi ngan semua muslimah…aku hanya nak memperingatkan diri sendiri dan aku juga nak memperingatkan semua kaum hawa…..bagi aku, aku masih belum bergalar muslimah sejati dan ilmu aku tentang agama ni masih lagi cetek….dan aku masih lagi membaca buku2 agama tuk tambahkan ilmu…..

Aku harap kebanyakkan perempuan di luar dapat memiliki buku ni supaya sama-sama kite membuat perubahan untuk menjadi muslimah yang sejati….

No comments:

Post a Comment