Monday, February 20, 2012

NASIHAT BUATMU....

NASIHAT INI AKU DAPAT DARIPADA BUKU YANG BERTAJUK”PEMILIK CINTAKU”

Aku tertarik dengan nasihat yang di berikan oleh penggarang..ianya membuatkan aku berfikir dan membat kesimpulan...nasihatnya ringkas tetapi padat dengan mesage2 yang berbentuk keislaman..
1.Jika kau belum berkahwin,kejarlah ALLAH SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa redha ALLAH SWT andai dirinya kau miliki sekalipun,pasti kau tak akan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidup mu.
2.kerana asik bercinta,mungkin jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah. Jika ingin mencari isteri pula,biasanya mereka akan mencari gadis yang terpelihara dan terjaga.
3.Jika kau seorang isteri,hargailah suami mu walaubagaimanapun keadaanya. Cukuplah dengan apa yang dia mampu berikan dan jangan sesekali meminta apa yang di luar kemampuan nya. Hatta walaupun mereka mampu memberikan segalanya padamu,jangan sesekali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ianya takkan membahagiakanmu.
4.Jika kau seorang suami,tiada resepi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumahmu kearahNYA. Moga cintamu berkekalan hingga ke syurga.

Sungguh mendalam maksud nasihat itukan..Semoga nasihat yang di berikan dapat meresap ke dalam sanubari diri ini dan setiap insan...AMIN...


2 comments: