Friday, March 2, 2012

IMAN SUBURKAN CINTA..



Salam kepada semua pembaca...

For this entry aku nak berkongsi lagi satu buku yang aku baru je baca...
Buku tu bertajuk “BERTEDUH DIKEBUN CINTA” karya REZZA KHANAFIAH....
Buku ni mmg banyak input yang berbentuk keislaman dan mmg ptut di miliki setiap remaja yang sedang mengenal erti CINTA...

aku nak berkongsi satu puisi yang ada dalam buku ni..
HADIRKANLAH CERIA DALAM SETIAP KEPILUAN,

UKIRLAH SENYUM DALAM SETIAP KEDUKAAN,
WAIMA HATIMU BERBICARA TIDAK,
PUJUKLAH DENGAN NADA BERSALUT IMAN,
KATAKANLAH DUNIA INI SANGAT SINGKAT USIANYA,
TELAH TERTAKDIR USIA MANUSIA BERPASANGAN,
TURUTILAH KEMAHUAN PUJUKAN IMAN,
USAH DI IKUTI KEHENDAK NAFSU,
KELAK DIRI MENJADI LESU...



Puisi ni amat bermakna dan mempunyai maksud yang mendalam...
Ingatlah wahai semua....iman itu mahar kita di dunia..menjaga iman seperti kita memelihara nyawa, baik buruk iman di tentukan oleh perlakuan kita sendiri kerana akal kita yang merancang,hati kita yang merasa,tangan kita yang menggerak dan kaki kita yang melangkah...

Sejak kecil lagi kita telah di perkenalkan dengan RUKUN IMAN..andai kita cukup yakin dengan RUKUN IMAN ini,maka sudah memadai untuk kita mengenal erti cinta yang hakiki...

Akhir sekali aku nak berkongsi satu nasihat dari penulis..
“Apa yang menjadikan seseorang itu hero ialah apabila dia memberikan yang terbaik, dan manusia mendapat yang terbiak daripada pemberiannya itu,lalu diberikan ganjaran di dunia dan kebaikan akhirat,biar pun dia hanya seorang miskin harta tapi bukan miskin kata-kata. Kata-kata kebaikan dalam member. Inilah antara daya usaha kita mengairi pokok iman agar tidak kering kontang,layu kerana tiada iman yang menyuburi cintanya.”

Di harap anda semua dapat serba sedikit info yang cuba di sampaikan..WASALAM...

No comments:

Post a Comment